Fitnah2 : Mengapa peguam luar ketuai pendakwaan?

(Oleh: Nadia Hanafi)

KUALA LUMPUR 30 OKT: Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming mempersoalkan tindakan Jabatan Peguam Negara menggunakan khidmat Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mengetuai pendakwaan kes Fitnah 2.

Katanya, Jabatan Peguam Negara mempunyai lebih 1,800 kakitangan berkelayakan sebagai pendakwa dalam kes tersebut.

Malah menurutnya, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sendiri layak berbanding Shafee Abdullah bagi mengetuai pendakwaan.

“Ramai pihak mempersoalkan mengapa walaupun Jabatan Peguam Negara mempunyai lebih 1874 kakitangan yang berkelayakan dari segi undang-undang, tetapi mereka mengambil khidmat pendakwa dari luar iaitu penasihat undang-undang Umno, Tan Sri Shafee Abdullah untuk mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sebenarnya Tan Sri Abdul Ghani Patail lebih berkelayakan untuk mengendalikan sebarang kes jenayah. Kes liwat ini adalah kes yang tidak terlalu rumit yang memerlukan khidmat luar,” katanya dalam sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

Katanya, pelantikan penasihat undang-undang Umno itu memberi persepsi negatif terhadap keupayaan Jabatan Peguam Negara dan mengukuhkan dakwaan bahawa kes ini merupakan pendakwaan terpilih.

“Mengapa kes lain dikendalikan peguam negara tetapi kes Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti dikendalikan penasihat undang-undang Tan Sri Shafee Abdullah yang kita tahu satu masa dahulu dia pernah menjadi penasihat kepada perdana menteri, (Datuk Seri) Najib Razak,” katanya.

Kor Ming turut mendesak kerajaan mengumumkan jumlah bayaran yang terima Shafee Abdullah. Ini berikutan, katanya, kerajaan Perak sebelum ini membayar RM324,000 kepada peguam Umno yang dilantik Datuk Seri Zambri Kadir semasa krisis perlembagaan di Perak.

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=63762

Posted by on Oct 30 2014. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE