‘Fokus isu rakyat dalam PRN Sarawak’

Isu yang melingkari hidup rakyat wajar diberikan keutamaan dalam persediaan menghadapi pilihan raya negeri Sarawak di samping kerja-kerja mempersiapkan jentera parti.

Pesanan tersebut disampaikan Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim selepas mesyuarat bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak, semalam.

“Kita minta mereka persiapkan jentera dan tumpu kerja. Sekarang ini rakyat mengharapkan parti dan wakil rakyat dan jentera kerajaan menjaga kepentingan rakyat

“Jadi isu mereka isu hidup, kebajikan, kesejahteraan mereka. Jadi, saya tekankan jangan terhakis semangat dan idealisme ini

“Kadang-kadang kita sibuk dengan hal yang titik bengik padahal bagi rakyat ini isu ekonomi, soal pekerjaan, soal pengangguran yang mereka hadapi.

“Dan masalah-masalah yang menyentuh kedudukan mereka seperti perumahan, mutu pelajaran, kemudahan asas yang ini harus ditangani,” katanya sewaktu bercakap kepada pemberita di Kuching.

PRN Sarawak dijangka berlangsug pada hujung 2020 atau awal 2021.

Anwar sebelum ini mengumumkan lantikan Menteri Kerja Raya, Baru Bian bagi mengetuai jentera pilihan raya parti.

Baru akan dibantu Naib Presiden KEADILAN, Ali Biju, Tian Chua dan Dr Xavier Jayakumar, serta Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74022

Posted by on Sep 17 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE