Fokus pertahankan Selangor – Dr Xavier

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Pakatan Harapan Selangor, Dr Xavier Jayakumar menyeru semua pihak dalam gabungan pembangkang di negeri itu agar kekal fokus untuk mempertahankan Selangor dalam pilihan raya umum ke-14.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas situasi terkini rundingan pembahagian kerusi di Selangor yang dijangka dimuktamadkan pada hujung Februari.

“Perbincangan masih berjalan dan sebarang rundingan akan diselesaikan sebelum penghujung Februari ini.

“Tak guna bertanding banyak kerusi jika faktor kemenangan itu tipis. Matlamat utama kita bertanding adalah untuk mempertahankan kemenangan di Selangor.

“Semua pihak berhak mengemukakan bilangan kerusi namun tujuan kita nak menang.

“Kita berpegang teguh dengan saranan Pengerusi Harapan Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk meletakkan calon yang ada keupayaan untuk menang,” kata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas itu, lapor Selangorkini.

Rundingan kerusi Pakatan Harapan Selangor sepatutnya dimuktamadkan pada 31 Januari lalu.

Namun, salah faham tentang jawatankuasa yang mempunyai autoriti untuk menetapkan kata putus dalam perkara tersebut menyebabkan ia tertangguh ke hujung Februari.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71337

Posted by on Feb 13 2018. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE