Forum: Pendidikan percuma realiti atau fantasi 15 Mac (Jumaat)
Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) adalah entiti gabungan yang menghimpun pelbagai fraksi mahasiswa di seluruh Malaysia,tujuan gerakan ini diwujudkan adalah untuk menyatakan solidariti agar semua rakyat Malaysia diberi akses pendidikan percuma dari peringkat rendah hingga ke universiti.
Oleh sebab itu,GMPP telah membuat keputusan untuk menjelajah di setiap kampus di seluruh Malaysia, dengan tujuan untuk memberi penjelasan dan pencerahan kepada seluruh mahasiswa tentang kepentingan pendidikan percuma.
Forum ‘Pendidikan percuma realiti atau fantasi’ akan diadakan pada 15 Mac, Jumaat bertempat di Lecture Theater 2 (LT2), Universiti Industri Selangor (Unisel) bermula jam 8.30 malam.
Panel terdiri daripada Koordinator Legasi Mahasiswa Progresif, Adam Adli; wakil GPMM, Bawani KS; wakil Independent Student Front, Muhammad Kamil dan menampilkan Wan Nor Farel Azli dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebagai moderator.
Gerakan Mahasiswa Memacu Agenda Fasilitasi OKU (G-FO) akan turut dilancarkan dalam program tersebut.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47158







