Fuziah belum yakin sisa kilang Lynas selamat

Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh belum yakin sisa kilang nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd di Kuantan berada pada tahap selamat dan tidak mencemarkan air bawah tanah.

Menurut Fuziah, pengesanan pencemaran air bawah tanah menuntut ‘kaedah pemantauan yang lebih kerap, berpanjangan dan secara tenikal’.

“Kesimpulan hanya boleh dibuat setelah ada statistik meyakinkan berdasarkan beberapa jenis sampel yang diambil secara berulang kali di sepanjang musim untuk mengambil kira faktor perubahan musim.

“Pencemaran jenis ini mempunyai kesan yang serius terhadap kesihatan awam dan persekitaran untuk jangka masa panjang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan Fuziah itu dilihat menjawab kenyataan Lynas sebelum ini yang menafikan operasi Lynas di Gebeng merbahaya kepada alam sekitar.

Lynas mengeluarkan penafian itu susulan kenyataan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar bulan lalu bahawa air bawah tanah di sekitar kilang Lynas sudah tidak lagi dicemari logam berat.

Menurut Fuziah, Lynas sentiasa menafikan operasinya menyebabkan pencemaran logam berat yang serius.

Bagaimanapun kata Fuziah, data daripada 12 bulan sejak September 2015 daripada stesen pemantauan air bawah tanah Lyans sendiri menunjukkan sebaliknya.

“Memanglah Lynas tak akan mengaku terhadap pencemaran tersebut, sebab jika mengaku, nanti dialah yang kena bertanggungjawab terhadap pencemaran tersebut.

“Sebagai syarikat perlombongan nadir bumi yang dikatakan agak baru, masa depannya bergantung pada kebolehannya untuk menyembunyikan masalah sebenar yang sedang dihadapinya di Malaysia,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73559

Posted by on Jun 10 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE