Fuziah gesa Lynas jaga kebajikan pekerja

Lynas Corporation Ltd (Lynas) perlu  bertanggungjawab penuh terhadap pekerjanya jika operasi syarikat itu ditutup, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.

Anggota Parlimen Kuantan itu berkata ini kerana syarikat nadir bumi itu berulang kali memberi jaminan kepada masyarakat dan pekerjanya bahawa operasi mereka di Gebeng, Kuantan adalah selamat.

Menurutnya lagi, Putrajaya mengutamakan aspek keselematan penduduk Kuantan terlebih dahulu dalam isu operasi kilang tersebut.

“….kita perlu melihat kepada aspek yang lebih besar iaitu kebajikan dan keselamatan warga Kuantan secara keseluruhannya iaitu seramai 600,000 orang penduduk,” katanya memetik laporan Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program temu bual Program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama, di Kuala Lumpur malam tadi.

“Ramai juga antara mereka yang bekerja di Gebeng dan terdedah kepada udara dan pencemaran dari segi debu dan radiasi yang datang dari kilang,…. ini juga mustahak,” katanya lagi.

Semalam, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Operasi Lynas Advance Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang bagi memastikan Malaysia tidak menjadi tempat pembuangan bahan tercemar oleh syarikat dari negara lain.

Fuziah sebelum ini mengumumkan pengunduran diri beliau daripada sebarang jawatankuasa penilaian operasi kilang itu kerana beliau membantah operasi kilang tersebut sejak mula menjadi wakil rakyat Kuantan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72448

Posted by on Oct 17 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE