GAPS guna peserta larian, warga asing ‘ramaikan’ peserta demo

KUALA LUMPUR: Demontrasi anjuran Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) akhirnya diadakan di Stadium Merdeka setelah beberapa kali bertukar tempat hanya mampu mengumpul kira-kira 150 orang sahaja.

Perhimpunan tersebut disertai segelintir anggota Umno serta beberapa kakitangan Syabas yang dikerah untuk keluar berdemonstrasi.

Mereka yang berhimpun turut mengedarkan baju-T berwarna hitam kepada peserta Larian 1Malaysia yang berada berhampiran, dipercayai bagi ‘menambah’ bilangan mereka.

Lebih menghairankan adalah kelibat beberapa warga asing yang turut berdemonstrasi di Stadium Merdeka.

Keadilan Daily yang berada di lokasi mengesan seorang peserta demo berbual di telefon bimbit menggunakan bahasa Tagalog – bahasa popular di Filipina.

Perhimpunan di Stadium Merdeka itu mulanya bertujuan menyerahkan memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong tetapi ia berakhir apabila peserta bersurai kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Demonstrasi GAPS mulanya dirancang bermula di Masjid Jamek untuk bertembung dengan demo menentang kenaikan tarif air tetapi bertukar lokasi ke Stadium Merdeka pada saat-saat akhir.

Kedua-dua kumpulan yang merancang untuk menyerahkan demo kepada Yang Di Pertuan Agong boleh dibezakan dengan pasukan menentang kenaikan air memakai baju merah sementara Gaps pula memakai baju hitam.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=1815

Posted by on Dec 5 2010. Filed under SEMASA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Both comments and pings are currently closed.

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google