Generasi KEADILAN hargai perjuangan reformis AMK

Mantan anggota Angkatan Muda KEADILAN (AMK) yang pernah berjuang sepanjang 20 tahun Reformasi kini lebih terbela dengan tertubuhnya Generasi KEADILAN.

Menzahirkan penghargaan terhadap usaha berkenaan, mantan timbalan ketua AMK, Fariz Musa menyifatkan ia sebagai usaha murni dalam memastikan bekas pimpinan dan anggota yang berkorban selama ini mendapat perhatian.

“Dalam suasana berjuang dari kosong sehingga menjadi sebuah kerajaan hari ini -apa yang terbaik yang ada hari ini dapat disalurkan dan dibantu bagi meringankan bebanan.

“Kini lebih terbela dan terjaga sebab ada di kalangan kami yang sakit, menghadapi masalah kewangan. Cuba sebaik mungkin menangani masalah yang dihadapi,” katanya yang kini berkerusi roda selepas menghidap masalah buah pinggang dan diabetes.

Fariz ditemui ketika hadir Majlis Ramah Mesra & Aidilfitri Mantan AMK yang berlangsung di Titiwangsa, 6 Julai lalu.

Fariz yang lebih mesra disapa Cikgu Fariz juga meminta usaha positif berkenaan disistemkan lebih lebih baik supaya lebih efektif sehingga ke peringkat akar umbi.

Dalam pada itu, mantan Ketua AMK yang juga Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin meminta jawatankuasa pertubuhan berkenaan agar tidak ‘terlepas pandang’ mantan AMK yang benar-benar memerlukan bantuan.

“AMK melalui proses yang panjang. Kita pernah lalui jatuh bangun, lalui pemimpin tinggalkan perjuangan tetapi saudara tetap setia bersama perjuangan.

“Ramai dari kita sempat rasai bom asap, pukulan FRU, tear gas dan sebagainya, semburan air yang cukup menyeronokkan. Ramai juga yang tak lalui. Namun yang menyatukan kita ialah cita cita tulus dari hati

“Kita susun betul-betul, jangan ada yang terlepas pandang. Kita fikir bagaimana, siapa yang memerlukan bantuan, terutama bantuan kebajikan,” katanya disambut sorakan ‘Reformasi’ ratusan mantan AMK seluruh negara yang hadir.

Katanya, pertubuhan generasi KEADILAN bukan sahaja sebagai platform menyumbangkan buah fikiran kepada parti malah bantuan kepada ‘orang lama’ yang banyak berjuang demi parti.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penajanya, Yusmadi Yussoff berkata penubuhan pertubuhan generasi KEADILAN merupakan inisiatif bagi membantu kebajikan mantan AMK yang telah banyak menabur jasa kepada parti.

“Isu kebajikan yang mana kita perasan ada masalah kesihatan, pekerjaan dan sebagainya. Bukan nak selesaikan, tetapi ini tanggungjawab juga sama-sama membantu dengan lebih telus.

“Ayuh mari sama sama berganding bahu terutama melibatkan kebajikan,” katanya kepada Keadilan Daily.

Generasi KEADILAN ditubuhkan secara tidak rasmi dalam mesyuarat bersama mantan-mantan AMK dari seluruh Malaysia pada Mei lalu dan kini dalam proses pendaftaran.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73724

Posted by on Jul 8 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE