Gerakan belia Selangor dan KPKT bekerjasama

Kejayaan Selangor memupuk kepimpinan golongan muda menerusi pelbagai program anjuran Penggerak Belia Tempatan (PeBT) menarik perhatian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata KPKT ingin mempelajari kaedah itu menerusi pertemuan dengan PEBT.

“PeBT kita dipanggil KPKT untuk mereka pelajari bagaimana menubuhkan di seluruh negara, apakah format dan halangannya.

“Kita sedang berbincang dengan mereka untuk menunjukkan formula dan pengalaman bagi membangunkan anak muda seperti program PeBT sejak sembilan tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Showdown World Cup Final di Restoran ARR Corner di Kampung Jawa, di Shah Alam, malam tadi, lapor Selangorkini.

Amirudin optimis penubuhan PeBT di seluruh negara jika menjadi kenyataan akan memberi kesan positif kepada gerakan belia.

PeBT adalah program peringkat tempatan yang bermula sejak 2009.

Ia memupuk penglibatan aktif belia dalam pelbagai aktiviti di peringkat tempatan dan negeri.

Penggerak Belia Negeri Selangor dipengerusikan oleh menteri besar manakala PeBT dipengerusikan oleh yang dipertua atau datuk bandar.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72018

Posted by on Jul 16 2018. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE