GM13 beri laluan 1 lawan 1 antara Fariz & Najib di Pekan

KUALA LUMPUR 18 APRIL: Gerakan Mahasiswa PRU 13 (GM13) malam tadi mengumumkan menarik balik hasrat mereka untuk meletakkan calon bertanding melawan Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Pekan.

Fariz Musa calon KEADILAN di Pekan

Fariz Musa calon KEADILAN yang akan menentang Najib di Pekan

Sebaliknya mereka akan memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat yang akan bertanding di situ.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang, pada ceramah ‘Tawan Putrajaya 2013′ di Desa Pinggiran Putra di sini malam tadi.

Safwan berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi laluan pertandingan satu lawan satu antara calon Pakatan Rakyat dengan Najib.

“Pada malam ini kami mengisytiharkan tarik diri dari meletakkan calon di Pekan tetapi masih mengisytihar ‘perang’ kepada Umno BN,” katanya dalam satu ucapan ringkas.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar Nasional (MPN), Mohd Bukhairy Mohd Suffian yang sebelum ini diisytihar calon mahasiswa di Pekan.

Sebagai tanda penarikan diri dan menyokong Pakatan Rakyat, mereka menyerahkan dokumen Manifesto Mahasiswa kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kami berjanji akan menjadi jentera barisan hadapan untuk Pakatan Rakyat,” kata Safwan dipetik Harakah Daily.

Pada 5 April lalu, GM13 mengumumkan Mohd Bukhairy sebagai calon tajaan mereka bertanding di Pekan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) akan datang.

Bagaimanapun, dengan pengumuman penarikan diri malam tadi itu, calon KEADILAN, Fariz Musa dijangka akan berdepan satu lawan satu dengan Najib.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50653

Posted by on Apr 18 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google