GMPN buat laporan polis terhadap pemimpin NGO perkauman

Presiden Pertubuhan Gerakan Martabat Pejuang Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria hari ini membuat laporan polis berhubung video Presiden Gerakan Pembela Ummah (Ummah) Aminuddin Yahaya di Facebook.

Razali yang mewakili 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hadir di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi kira-kira jam 3 petang.

Laporan polis Razali dibuat terhadap Aminuddin Yahaya kerana kenyataan beliau tentang kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim boleh mengundang kepada berlakunya perhimpunan perkauman besar-besaran.

“Tindakan Aminuddin untuk merancang perhimpunan rakyat besar-besaran itu boleh mengancam kestabilan keselamatan negara.

“Ini boleh menyebabkan perasaan kebencian dan tidak percaya rakyat terhadap kerajaan dan peguam negara dalam melaksanakan inkues Adib,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata tindakan berkenaan boleh menyebabkan keputusan nanti tidak akan diterima rakyat terutama membabitkan keluarga dan arwah Adib.

Justeru, beliau meminta pihak berkuasa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat video berkenaan secara terperinci.

Tambah Razali, tindakan Aminuddin itu dengan sengaja mencemarkan nama baik institusi perundangan negara secara tidak langsung menghina Perlembagaan Persekutuan dan Yang DiPertuan Agong (YDPA).

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73545

Posted by on May 31 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE