Golongan muda perlu bersama atasi masalah kemiskinan

Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim menggesa golongan muda bersama kerajaan Pakatan Harapan dalam menangani masalah kemiskinan dalam kalangan masyarakat.

Katanya, golongan muda seharusnya memainkan peranan aktif dalam menilai dasar dan percaturan politik negara agar ianya tidak hanya menjadi ‘permainan’ golongan berkuasa semata-mata.

“Kalau kita nak membawa perubahan ini siapa nak suarakan nasib rakyat miskin? Sebab itu anak muda harus bangkit. Apa yang hebatnya anak muda, umurnya, rupa parasnya atau pun jiwanya.

“Muda itu kerana cetusan hati nurani rakyat. Mahu keadilan, mahu kebenaran, mahu suara yang terpinggir didengar. Bukan politik ekonomi percaturan orang kaya yang berkuasa.

“Siapa yang boleh menjadi penilai, pemberontak untuk menggesa mengasak pemikiran baharu? Mestilah generasi muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebagai tamu Program Dialog Bersama Mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, semalam.

Dalam ucapan sama, anggota Parlimen Port Dickson itu sempat berkongsi pengalaman perjuangan beliau selama bergelar pemimpin mahasiswa suatu ketika dahulu, yang aktif dalam menyuarakan keperitan dan kesengsaraan hidup rakyat miskin.

Beliau berkata, mahasiswa UiTM merupakan antara kumpulan mahasiswa berjasa berikutan pernah bersamanya bangkit membantah pengabaian nasib pengebun kecil di Sik, Kedah.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74103

Posted by on Oct 4 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE