Guna laporan Unicef untuk baiki Rancangan Makanan Tambahan’

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menggesa agar laporan kajian Tabung Kanak-kanak PBB (Unicef) dijadikan asas untuk memperbaiki skim Rancangan Makanan Tambahan di sekolah.

Cadangan itu dibuat anggota Parlimen Lembah Pantai itu kerana 2.6 juta penerima rancangan makanan tambahan di sekolah tidak berkesan untuk mengurangkan kadar kekurangan dalam kalangan kanak-kanak agar berkurangan.

“Saya gesa agar Kementerian Pendidikan tampil menjelaskan kaedah pengumpulan senarai nama penerima RMT serta cara pengagihan bantuan.

“Yang pasti, proses permohonan tidak harus mengambil kira hanya pendapatan ibu bapa murid, tetapi lebih kepada latar belakang demografi dan kadar kemiskinan setempat yang perlu diambil kira,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid di Dewan Rakyat semalam yang mempertikaikan laporan itu atas alasan kerajaan sudah melaksanakan pelbagai program termasuk RMT di kawasan luar bandar dan bandar.

Menurut Nurul, sikap menolak dan mempertikaikan laporan berfakta itu ibarat mempertaruhkan masa depan kesihatan pelajar sekolah kerana Kementerian Pendidikan gagal “mendepani realiti rakyat sebenar”.

Laporan Unicef itu antara lain mendapati kadar kanak-kanak bantut di Malaysia ialah sebanyak 22 peratus lebih tinggi berbanding Ghana 18 peratus.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71462

Posted by on Mar 14 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE