Guru dipecat kerana hadir ceramah Anwar

KUALA LUMPUR 26 November: Kerana menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, seorang kakitangan sementara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Qatrun Nada Latfi, yang bertugas sebagai guru sementara di Labuan telah menerima notis pemecatan sebulan.

Beliau menghadiri ceramah Pakatan Rakyat yang disampaikan oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 September lalu.

Qatrun Nada (gambar) telah disiasat dan menerima notis pemecatan yang akan berkuatkusa 1 Disember ini.

Bagaimanapun, notis yang diterima beliau pada 24 Oktober itu tidak menyatakan sebab-sebab pemecatan secara terperinci.

Sebelum pemecatan tersebut, Qatrun Nada menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai orang kuat Umno Labuan pada 9 Oktober lepas.

Dalam panggilan itu, individu berkenaan memberi amaran kepada Qatrun Nada agar tidak terlibat dengan kegiatan politik pembangkang.

Tidak lama selepas panggilan itu, Qatrun Nada dipanggil ke pejabat Jawi Labuan untuk disiasat mengenai kegiatan luar beliau pada 22 Oktober.

Sehubungan itu, NGO Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (Insan) menentang sekeras-kerasnya campur tangan politik dalam pengurusan .

Sebagai sebuah agensi awam, Jawi sepatutnya bersifat neutral dan profesional dalam tatakelola pengurusan, kata Koordinatornya, Mohd Faris Abdullah.

Bagi beliau, campur tangan ini hanya mencemarkan imej Jawi sebagai sebuah badan kerajaan yang berteraskan Islam.

Katanya, kegagalan Jawi memberikan sebab yang munasabah di atas pemecatan ini menguatkan dakwaan bahawa Jawi telah dipengaruhi oleh kepentingan politik Umno sehingga sanggup menzalimi kakitangan sendiri.

Perkara ini jelas bertentangan dengan visi Jawi sendiri yang ingin menjadi badan peneraju dalam memartabatkan Hal Ehwal Islam, tambah beliau.

“Insan juga mengecam tindakan Umno yang menggunakan agensi kerajaan bagi mengekang kemaraan politik parti lawan.

“Umno sebagai sebuah parti politik sepatutnya lebih faham bahawa hak untuk berpolitik adalah hak setiap rakyat Malaysia yang dijamin Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Sehubungan itu, Insan akan menghantar satu memorandum kepada Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali pada 29 November ini bagi mendesak beliau membebaskan Jawi daripada sebarang campur tangan politik sempit.

Insan juga akan mengadakan sidang media bagi mendedahkan penglibatan Umno dalam isu ini.

“Insan memiliki bukti kukuh yang akan menunjukkan penglibatan Umno sebagai dalang yang menzalimi rakyat hanya kerana kepentingan politik,” katanya dipetik Harakah Daily.

Qatrun Nada merupakan seorang guru yang bertugas di Sekolah Rendah Agama Islam Rancha-rancha, Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau dilantik sebagai guru sementara di bawah Jawi.

Beliau merupakan bekas penuntut di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Antarabangsa Labuan.

Beliau juga merupakan bekas Ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang terlibat dalam demonstrasi menuntut air bersih di UMS Labuan pada 2009.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40137

Posted by on Nov 26 2012. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google