Guru pendidik bangsa pembina negara – Wan Azizah

16 Mei adalah hari yang amat istimewa buat semua warga pendidik. Guru ibarat ibu bapa kedua. Mereka memikul tanggungjawab yang berat dalam mendidik dan membangunkan anak bangsa.

wan-azizah-390x300Namun, warga pendidik hari ini terbeban dengan tugasan yang melarikan tumpuan mereka daripada kerja-kerja mendidik. Natijahnya, mutu pendidikan terjejas apabila guru tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada peranan utama mereka.

Justeru, saya menyeru kerajaan agar meringankan beban yang dipikul guru-guru dengan memisahkan tanggungjawab mengajar dan tugas-tugas pentadbiran. Hanya dengan cara ini, kegemilangan profesion mulia ini dapat dikembalikan dan diletakkan pada tempat asalnya.

Pada hari ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa, pengorbanan dan perjuangan guru menyampaikan ilmu kepada anak bangsa. Pada hari ini juga, kita bersama-sama meraikan Hari Guru sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan tertinggi terhadap sumbangan besar dan khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh para guru.

Peranan, jasa dan pengorbanan mereka tidak ternilai. Saya mewakili keluarga besar KEADILAN mengucapkan selamat hari guru kepada pendidik bangsa dan pembina negara.

Terima kasih cikgu.

* Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Presiden Parti KEADILAN Rakyat

16 Mei 2017

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=69959

Posted by on May 16 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE