Halau penduduk Kg Banggol Donas, tindakan k’jaan Terengganu dikecam

KUALA TERENGGANU 14 OKT: Jingga 13 mengecam tindakan kerajaan BN Terengganu mengarahkan penduduk Kampung Banggol Donas, Kuala Merus mengosongkan kediaman mereka dalam 21 hari.

Menurut Jingga 13, perkara itu dinyatakan Penolong Kanan Pentadbir Tanah bahagian Pengambilan Tanah, Pejabat Tanah Kuala Terengganu, Wan Hariff Rafany Wan Muda.

“Kenyataan yang telah dikeluarkan adalah tindakan berlebihan.Kg_Banggol_Donas

“Tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang penjawat awam tanpa merujuk kepada kronologi sebenar,” kata penyelaras Jingga 13 Terengganu, Wan Mohd Azziadi Wan Abd Jalil.

Kata Azziadi, dalam laporan akhbar Sinar Harian pada 11 Oktober, Wan Hariff menyatakan jika penduduk tidak berpindah sehingga tarikh notis tamat, kediaman mereka akan dirobohkan.

Pembinaan jalan dan jambatan sejauh 7.6 km dari Jeram Tok Kong ke Bukit Guntong (Fasa I) dan dari Kampung Jeram ke Kampung Banggol Tuan Muda, Mukim Manir (Fasa II) menelan belanja RM226 juta.

Ia melibatkan pengambilan 76 lot tanah bagi fasa 1 dan 184 lot bagi fasa II.

Merujuk menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, pengambilan tanah bagi projek trersebut tidak pernah diwartakan.

“Bagi isu pengambilan tanah di Kampung Banggol Donas, tiga laporan SPRM dibuat. Sehingga ke hari ini masih belum ada sebarang laporan mengenai perjalanan siasatan

“Notis tersebut mesti ditarik balik serta-merta,” kata Azziadi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56107

Posted by on Oct 14 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google