Hapus GST, pulihkan Felda dalam 100 hari mentadbir Putrajaya

KUALA LUMPUR 17 JULAI: Pakatan Harapan berazam untuk menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan memulihkan pengurusan skim Lembaga Pengurusan Tanah Persekutuan (Felda) dalam tempoh 100 hari mentadbir Putrajaya selepas pilihan raya umum akan datang.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamed dalam sidang media semalam selepas memperkenalkan struktur kepimpinan baharu Pakatan Harapan.

Berikut adalah senarai perkara-perkara yang dirancang untuk dilakukan Pakatan Harapan:

– Menghapuskan GST;
– Menstabilkan harga petrol;
– Memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat;
– Memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh;
– Memerangi rasuah hingga ke akar umbi;
– Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja skandal 1MDB; dan

Dr Mahathir berkata Pakatan Harapan juga komited dengan matlamat bersama untuk menumbangkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Mereka juga komited untuk menghadkan tempoh perkhidmatan perdana menteri kepada dua penggal sahaja.

Selain itu, mereka juga bersetuju untuk “membatalkan dan membetulkan” semua tindakan yang melanggar undang-undang oleh kerajaan semasa, yang memberi kesan kepada kepentingan rakyat.

Ini termasuklah mengembalikan semula dana awam yang telah hilang melalui skandal besar 1MDB, kata parti-parti tersebut dalam pernyataan yang dibacakan oleh Dr Mahathir itu.

Mereka juga bersetuju untuk membebaskan semua tahanan politik dan menggugurkan segala tuduhan terhadap mereka, serta melakukan reformasi undang-undang dan institusi untuk mencegah penyalahgunaan kuasa.

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70234

Posted by on Jul 14 2017. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE