Hapus tol naikkan jejak karbon dakwaan mengarut – Dr Afif

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin membidas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa penghapusan tol dan pemberian subsidi akan meningkatkan jejak karbon.

Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu yang merupakan graduan perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dilabelkan sebagai universiti untuk ‘slow learner’ oleh setiausaha agung Umno – berkata demikian menerusi satu hantaran ringkas di akaun Twitter beliau.

“Ada tol untuk kurangkan ‘carbon footprint’? Kami yang belajar dari universiti ‘slow learner’ pun tahu ini mengarut!” katanya.

Beliau merujuk kepada kenyataan Najib semalam yang mendakwa ahli politik yang mencadangkan dasar penghapusan tol dan pemberian subsidi minyak tidak sedar akan “harga yang perlu dibayar untuk polisi tersebut”.

Beliau berkata demikian bagi mewajarkan tindakan Putrajaya mengekalkan lebuh raya bertol dan penghapusan subsidi minyak.

Tindakan Umno BN itu dibuat sewaktu Pakatan Harapan mencadangkan peruntukan sebanyak RM1 bilion untuk subsidi minyak yang akan membolehkan petrol dan diesel dijual pada harga 20 sen lebih murah bagi setiap liter kepada pengguna.

Harapan turut menggagaskan kutipan tol di beberapa lokasi dimansuhkan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70819

Posted by on Dec 4 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE