Harapan bakal umum tawaran selaku ‘kerajaan menanti’

Ahad ini, 7 Januari 2017 adalah Ahad yang istimewa kerana Pakatan Harapan akan mengumumkan tawaran buat rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Tawaran itu, yang dibuat gabungan pembangkang ini akan dibentangkan pada
Konvensyen Pakatan Harapan yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Pimpinan-pimpinan utama Harapan seperti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Tun Dr Mahathir Mohamad, Mohamad Sabu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Lim Guan Eng akan hadir menyampaikan ucapan mereka.

“Selain pimpinan, konvensyen turut mendengar pidato daripada wakil masyarakat pelbagai latar belakang termasuk petani, bekas tentera, bekas penjawat awam, wakil Felda dan wakil artis melalui Pentas Rakyat.

“Harapan juga akan membuat beberapa pengumuman penting bukan sahaja sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), malah juga tawaran sebagai ‘kerajaan menanti’,” kata kenyataan itu.

PAKATAN akan membuat beberapa pengumuman penting, khasnya tawaran kepada rakyat yang mencerminkan gabungan itu sebagai kerajaan menanti bagi menggantikan BN,” kenyataan Harapan dipetik.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70946

Posted by on Jan 3 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE