Harapan guna logo KEADILAN dalam PRK Sg Kandis

Majlis Presiden Harapan memutuskan untuk menggunakan logo KEADILAN dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Kandis Ogos ini.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Presiden Harapan.

“Harapan memilih KEADILAN mewakili Harapan sebagaimana tradisinya dan menggunakan logo KEADILAN dalam PRK Sungai Kandis.

“Apa yang saya boleh faham logo KEADILAN sangat dikenali di sana dan telah tiga penggal berturut-turut kita menang di sana untuk negeri Selangor kerana logo KEADILAN agak established.

“Jadi saya rasa untuk pendekatan strategi itu nampaknya (mampu) memenangkan (kita),” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada Jemaah haji di Masjid Amaniah, Batu Caves, hari ini.

Amirudin berkata demikian ketika ditanya berkaitan logo yang akan digunakan nanti memandangkan pendaftaran Harapan sebagai gabungan politik telah diluluskan pada 18 Mei lalu.

Kelulusan itu bermakna logo Harapan juga boleh digunakan secara rasmi.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong susulan penyandang kerusi berkenaan Mat Shuhaimi Shafiei meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 Ogos sebagai hari pengundian manakala hari penamaan calon pada 21 Julai ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72011

Posted by on Jul 13 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE