Harapan lancar manifesto 8 Mac

Pakatan Harapan akan melancarkan manifesto pilihan raya umum ke-14 pada 8 malam, 8 Mac ini bertempat di IDCC Shah Alam.

Pengumuman tentang pelancaran ini sudah mula dihebahkan oleh pimpinan utama Harapan yang menjemput orang ramai untuk menonton acara tersebut secara live menerusi Facebook Pakatan Harapan.

Pimpinan utama Harapan seperti Pengerusi, Tun Dr Mahathir Mohamed, Presiden Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pemimpin-pemimpin kanan yang lain akan hadir pada acara tersebut.

Antara sorotan utama manifesto ini adalah sepuluh janji yang akan ditunaikan Harapan apabila berjaya mentadbir Putrajaya selepas pilihan raya umum nanti.

Acara ini juga menandakan kesediaan Harapan selaku gabungan pembangkang utama negara untuk berdepan dengan Umno BN dan parti-parti sekutunya yang lain.

Pilihan raya umum dijangka diadakan pada bila-bila masa kerana tarikh akhir pembubaran Parlimen adalah pada 24 Jun 2018.

Penganalisis politik menjangkakan Parlimen akan dibubar pada pertengahan Mac ini untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum dalam bulan April.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71413

Posted by on Mar 6 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE