Tun M: Harapan menang 112 kerusi, layak bentuk kerajaan

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini mengumumkan yang Pakatan Harapan secara ‘praktikalnya’ sudah menang 112 kerusi dan akan mara ke Putrajaya.

Satu-satunya halangan yang ada kini adalah tindakan BN melengah-lengahkan pengumuman kemenangan Harapan.

“Ini bukan berita palsu. Anda tak boleh bawa saya ke mahkamah kerana berita palsu. Mereka (BN) ketinggalan jauh di belakang.

“Kemungkinan sekarang adalah mereka tidak akan membentuk kerajaan,” katanya pada sidang media di Petaling Jaya malam ini.

Beliau juga percaya BN sedang mengadakan mesyuarat sulit yang tidak diketahui niatnya.

“Kita harap dan berdoa agar orang ramai menghormati undang-undang dan peraturan. Ini sangat serius.

“Masa sudah sangat lambat sekarang ini. Kita sepatutnya sudah tahu siapa yang menang atau kalah. Namun ada usaha sengaja untuk melengah-lengahkan dengan tidak menandatangani borang,” katanya.

“Secara praktikalnya kita sudah mencapai 112 (kerusi). Dan angka bagi BN adalah lagi kecil daripada itu. Mereka tak mungkin mampu kejar.

“Secara tak rasmi kami sudah menang lima negeri. Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Negeri dan Johor dan Kedah, Enam semuanya. Seluruh semenanjung dimenangi Pakatan Harapan,” katanya.

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71745

Posted by on May 10 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE