Harapan menang di Seri Setia dan Balakong

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara rasmi mengumumkan  Pakatan Harapan memenangi pilihan raya kecil DUN Seri Setia dan DUN Balakong malam ini.

Menurut SPR, calon Harapan, Halimey Abu Bakar berjaya memperolehi 13,725 undi manakala calon PAS Dr Halimah Ali memperolehi 9,698 undi.

Halimey menang dengan majoriti undi sebanyak 4,027. 164 undi rosak dicatatkan.

Sementara itu, di Balakong pula, calon Harapan Wong Siew Ki memperolehi 22,508 undi berbanding calon MCA Tan Chee Teong dengan 3,975 undi. Terdapat 227 undi rosak.

PRK DUN Seri Setia dan Balakong diadakan selepas penyandang kedua-dua kerusi sebelum ini meninggal dunia. 

Kemenangan Harapan dalam dua PRK ini selepas kemenangan dalam PRK Sungai Kandis baru-baru ini menandakan BN yang digulingkan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 masih gagal memperolehi sokongan rakyat selepas kehilangan Pu

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72295

Posted by on Sep 8 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE