‘Harapan perlu terus pertahan Semenyih’

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menyeru Pakatan Harapan agar fokus untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan 2 Mac depan. 

Amirudin menzahirkan seruan itu sewaktu menjawab soalan wartawan tentang perbincangan di media tentang parti yang paling sesuai untuk mewakili Harapan dalam PRK itu nanti.

“Secara asasnya kita harus memegang prinsip muafakat di dalam Harapan dan itu yang saya sampaikan daripada awal. Walaupun ada permintaan dan sebagainya apa pun kita kena kembalikan kepada Majlis Presiden. 

“Bila mereka telah membuat keputusan untuk menyerahkan meneruskan legasi Semenyih kepada Bersatu, kita akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan. 

“Kerana apa pun siapa pun yang bertanding pastinya ia adalah wakil kepada Harapan,” katanya.

PRK Semenyih ditetapkan pada 2 Mac depan manakala penamaan calon pula pada 16 Februari ini.

PRK berkenaan diadakan susulan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor, 57, pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.

Ia juga bakal berlangsung selepas Harapan diuji dengan kekalahan dalam PRK Cameron Highlands baru-baru ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72897

Posted by on Feb 8 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE