Harapan Selangor sokong kepimpinan Amirudin

Pakatan Harapan Selangor teguh bersama Menteri Besar, Amirudin Shari.

Setiausaha Harapan Selangor, Borhan Aman Shah berkata, semua parti bersekutu dalam gabungan itu turut menolak dakwaan berkenaan usaha menggantikan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Ng Suee Lim.

“Pakatan Selangor menzahirkan sokongan padu dan sepenuh keyakinan terhadap Amirudin sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Harapan negeri.

“Sokongan dan keyakinan ini juga ditujukan kepada pentadbiran beliau yang berkeupayaan memimpin Selangor ke satu aras kemajuan lebih tinggi, sekali gus menjamin kemaslahatan rakyat di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membacakan kenyataan bersama pada sidang media selepas mesyuarat dwibulanan kali ketiga di kediaman rasmi menteri besar.

Pada masa sama, Borhan berkata, desas-desus yang ditimbulkan mutakhir ini disifatkan sebagai agenda jahat untuk memecahkan keharmonian Harapan Selangor.

“Desas-desus ini mempunyai agenda jahat daripada musuh politik bagi memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian dalam Pakatan Harapan Selangor.

“Kami sepakat meneruskan gerak kerja dalam melaksanakan agenda untuk manfaat rakyat dan negeri Selangor Darul Ehsan,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73869

Posted by on Aug 8 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE