Harapan Wilayah dakwa DBKL jadi perkakas Umno

Pengerusi HARAPAN Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai hari ini mendakwa Kementerian Wilayah Persekutuan digunakan sebagai alat untuk mempengaruhi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi berkhidmat kepada kepentingan Umno dan bukannya penduduk bandar.

“Kementerian Wilayah Persekutuan telah menjadi alat untuk mempengaruhi dasar dan keputusan DBKL.

“Kementerian ini nampaknya diasaskan semata-mata untuk mengawal DBKL untuk mencapai tujuan sempit Umno,” katanya selepas mesyuarat pertama majlis kepimpinan HARAPAN Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, lapor Malaysiakini.

Menurut Tan, Ahli-ahli Parlimen Harapan Rakyat menghadapi diskriminasi dalam melaksanakan tanggungjawab mereka terutamanya apabila ia melibatkan kerjasama dengn DBKL.

Antaranya, kurangnya ketelusan dalam bajet DBKL dan jualan tanah milik kerajaan yang dikatakan lebih rendah daripada harga pasaran kepada mereka yang dikatakan bersekutu dengan Umno.

Tan dalam sidang media sama turut mengumumkan barisan kepimpinan Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan.

Pengerusi: Tan Kok Wai

Timbalan Pengerusi: Idris Ahmad, Dr Mohd Hatta Md Ramli, Fong Kui Lun, Muhammad Suhaimi Yahya

Naib Pengerusi: R Santhara Kumar, Ahmad Tarmizi Mohd Jam, Teresa Kok, Muhammad Zahid Md Arip

Setiausaha: Lim Lip Eng

Penolong Setiausaha: Othman Karim

Bendahari: Che Zam Hamzah

Ketua Pemuda: Zahin Zainal

Ketua Wanita: Niekmah Adam

Pengarah Pilihan Raya: Zahir Hassan

Pengarah Manifesto: Sally Sian Keng Eng

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70644

Posted by on Oct 13 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE