Harga minyak Malaysia terus naik walaupun harga sedunia merosot

Harga runcit RON95 dan RON97 untuk minggu ini naik 4 sen semalam kepada RM2.20 seliter dan RM2.48 seliter, manakala diesel naik 1 sen kepada RM2.05.

Kenaikan harga ini bermakna harga bahan bakar utama pengguna itu kekal naik dalam tempoh 10 minggu sejak 6 Julai lalu. Sepanjang tempoh itu, harga hanya kekal dua kali, iaitu pada 20 Julai dan 24 Ogos.

Pada 6 Julai, harga RON95 adalah RM1.93 seliter, manakala RON97 pada RM2.19 seliter dan diesel pula RM1.91 seliter.

Kenaikan ini berlaku sewaktu harga minyak sedunia merosot berikutan permintaan kasar kekal rendah akibat penutupan loji penapisan selepas taufan Harvey yang melanda pantai Teluk Amerika Syarikat (AS) pada 10 hari lalu, lapor Reuters.

Tumpuan pasaran juga beralih akibat taufan Irma, ribut kategori lima, yang mendarat di landasan penghantaran di Caribbean.

Walaupun banyak kilang dan saluran paip terjejas akibat Harvey sebelum ini, ia dalam proses untuk beroperasi semula, dengan penganalisis berkata ia mengambil sedikit masa sebelum industri petroleum AS kembali beroperasi sepenuhnya, laporan sama dipetik.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) berlaku pada harga USD48.63 setong pada 0048 GMT, 3 sen di bawah penutup terakhir.

Di pasaran minyak antarabangsa, harga minyak mentah Brent merosot 19 sen kepada USD53.19 setong.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70471

Posted by on Sep 7 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE