Harga saham Felda menjunam jika tak guna dana KWSP – Anwar

(Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR 3 JAN: Harga sebenar saham Felda Global Venture Holdings (FGV) jauh lebih rendah jika tidak diapung menggunakan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kalau kita lihat penilaian dan analisis bebas, harga sebenar ialah RM3.50. Harga RM4.62 itu dipertahankan kerana campur tangan pembelian KWSP, KWAP dan institusi lain,” kata bekas Menteri kewangan itu pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

Harga saham FGVH disenarai di Bursa Malaysia pada harga RM4.55 seunit sejak Jun 2012 dan pernah mencecah RM5.55 pada hari-hari awal disenarai.Namun, ia terus mencatat penurunan dengan terakhir RM4.69 pada 10 September lalu. Peneroka Felda rugi sebaik saham jatuh melepasi RM4.70.

Ketua Umum KEADILAN¬† itu turut mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya mendedahkan pemimpin Umno BN yang mendapat untung dari pemberian ‘saham buta’ FGV.

“Sebut siapa yang peroleh dan apa keuntungan mereka? Banding apa yang dirasakan peneroka. (Peneroka) hanya dapat 800 unit dan terpaksa bertahan enam bulan tak jual, maka tak ada faedah dan keuntungan.

“Yang untung hanya kroni termasuk Pengerusi Felda dan keluarga yang dapat ‘saham buta’ kerana mereka boleh jual (saham) awal. Mereka yang untung,” katanya.

Selain itu, Anwar turut mempersoal dasar Najib Razak yang tidak telus menganugerah permit eksport kelapa sawit, menyebabkan lambakan minyak sawit mentah dalam pasaran Malaysia.

“Walaupun AP dihenti mulai Januari 2013, bentuk dan kadar baru yang diperkenal tidak jelas. Pelaksanaan dasar 0-4 peratus itu belum dipastikan.

“Ini kelemahan kerajaan mengambil langkah dan tindakan kerana membiarkan permit eksport terutama di kalangan mereka yang berkepentingan diteruskan hingga sekarang,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42342

Posted by on Jan 3 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE