Hentikan laga Raja dan kerajaan – Anwar

Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan tindakan pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan kerajaan Pakatan Harapan dan Raja-Raja Melayu

Beliau menggesa agar pihak terbabit supaya menghentikan perbuatan tersebut.

“Kawan-kawan yang selalu nak laga-laga ini hentikan lah, ini bulan Ramadan, sudah-sudahlah. Ini peluang kita semua untuk membina negara dan membaiki akhlak. Mari kita sama-sama maju ke depan pikul amanah diberi rakyat untuk membina negara,” katanya.

Seruan itu dibuatnya susulan laporan media sebelum ini yang mendakwa Raja-Raja Melayu enggan memperkenankan pelantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara baharu menggantikan Tan Sri Apandi Ali.

Katanya lagi, pelantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara tidak akan menjejaskan kedudukan Islam dan hak istimewa orang Melayu di negara ini.

Ia kerana setiap individu yang dilantik ke jawatan itu terikat dengan Perlembagaan Malaysia dan bertindak berdasarkan kuasa yang ada dalam perlembagaan.

“Dia (Peguam Negara) tidak boleh langgar (Perlembagaan Malaysia). Ini keprihatinan yang disuarakan oleh Raja-Raja Melayu, dan ini keyakinan yang kita beri kepada Raja-Raja Melayu bahawa Tommy Thomas tetap menjaga kedudukan Islam dan kepentingan Melayu seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan (Malaysia).

“Yang di-Pertuan Agong (Sultan Muhammad V) tidak banyak masalah kerana baginda hanya mahu keyakinan itu (kedudukan Islam dan hak Melayu dijaga). 

“Baginda faham hak Perdana Menteri (mencadang Peguam Negara) tetapi berkuat kuasa setelah baginda tanda tangan (pelantikan Peguam Negara),” katanya pada sidang akhbar di Alor Gajah malam tadi, lapor Malaysiakini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71851

Posted by on Jun 6 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE