Hilman serah kepada pihak berkuasa siasat video sumbang

Setiausaha Politik kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Hilman Idham ada bertemu Ketua Angkatan Muda (AMK) KEADILAN Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengaku sebagai individu dalam video sumbang yang tular sejak Selasa lalu.

Hilman bagaimanapun menyerahkan perkara tersebut untuk disiasat pihak berkuasa.

“Betul (ada bertemu). Saya serahkan semua maklumat kepada pihak polis untuk siasatan. Beri ruang,” katanya secara ringkas selepas membuat laporan qazaf di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Putrajaya hari ini. 

Awal pagi tadi, Haziq dalam status terbaru laman Facebooknya mendakwa bertemu Hilman selepas video itu yang turut mengaitkan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali tular di media sosial.

Azmin semalam menyifatkan fitnah video sumbang itu sebagai cubaan untuk menghancurkan karier politiknya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73586

Posted by on Jun 13 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE