Hilman tidak perlu beri keterangan

Setiausaha Politik kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Hilman Idham tidak perlu memberi keterangan kepada polis hari ini kerana laporan polisnya pada Jumaat lalu sudah memadai.

Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) merangkap anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada jam 11:05 pagi selepas masuk pada 11 pagi.

Jumaat lalu, Hilman menfailkan laporan polis balas terhadap Haziq Abdullah Abdul Aziz berhubung pertemuan mereka di Zest Coffe House, Marriot Hotel, Putrajaya pada 11 Jun lalu.

“Saya dimaklumkan oleh peguam bahawa rakaman percakapan ini tidak jadi sebab IPD Sepang baru dimaklumkan bahawa kenyataan yang direkodkan pada Jumaat lalu itu telah mencukupi.

“Hari ini sepatutnya mereka nak rakam keterangan saya tentang laporan Haziq yang mengatakan saya ugut itu kononnya namun memandangkan kenyataan saya sudah berikan jadi tiada keperluan,” katanya ketika ditemui pemberita.

Bagaimanapun katanya, beliau bersedia untuk diambil keterangan lanjut sekiranya dipanggil pihak polis selepas ini.

Sejak minggu lalu, video sumbang memaparkan Haziq bersama seorang lelaki menyerupai pemimpin parti tular.

Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengaku terlibat dalam video itu kemudian membuat laporan polis mendakwa kerajaan tidak serius melakukan perubahan dalam pentadbiran negara susulan tersebarnya video seks itu.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali yang dikaitkan dengan video itu menafikan penglibatannya dan menyifatkan tuduhan itu sebagai percubaan memusnahkan karier politiknya.

Haziq ditahan Jumaat lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dilaporkan cuba berlepas ke Manila.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73622

Posted by on Jun 17 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE