Himpunan 15 Jun kekal di Padang Merbok – Rafizi

KUALA LUMPUR 9 Jun: Perhimpunan Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 15 Jun ini kekal sebagaimana dirancang, kata Pengarah Stratgei KEADILAN, Rafizi Ramli.

Katanya, himpunan itu tetap diteruskan meskipun Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan tiada kebenaran diberi kepada Pakatan Rakyat.

“Setakat ini, rancangan berhimpun itu diteruskan. Kenyataan Tengku Adnan bukan penghalang,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Bagaimanapun, beliau berkata mereka akan membuat beberapa perbincangan dengan pihak polis, tetapi mengulangi pendirian lokasi asal dikekalkan.

“Kami akan mengambil berat tentang maklum balas dan konsultansi dengan PDRM setakat ini. Dan kami akan buat beberapa perubahan ke atas rancangan awal kami, tapi lokasi kekal di Padang Merbok,” tambah Rafizi, dilapor The Malaysian Insider.

Sementara itu, Timbalan presiden Pas Mohamad Sabu berkata parti itu memutuskan untuk menyertai perhimpunan ‘Black 505’ anjuran Pakatan Rakyat yang akan diadakan pada 15 Jun ini.

Malaysiakini melaporkan Mohamad sebagai berkata, jawatankuasa Pas pusat hari ini sebulat suara bersetuju agar parti tersebut mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Perhimpunan tersebut antara lainnya dirancang sebagai kemuuncak bagi siri perhimpunan untuk membantah penipuan dalam pilihan raya 5 Mei.

“Ya. Kita akan hadir. Dalam mesyuarat tadi semua sebulat suara bersetuju untuk hadir,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di ibu pejabat Pas di Kuala Lumpur hari ini.

Kenyataannya itu menjawab teka-teki ekoran kenyataan Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib bahawa parti itu tidak menganjur atau mengambil bahagian secara sukarela dalam himpunan berkenaan.

Turut hadir dalam mesyuarat hari ini ialah presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=53206

Posted by on Jun 9 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE