Himpunan antikleptokrasi hambar tanpa PAS tak tepat

Teori pemimpin dan penyokong PAS bahawa tanpa penglibatan parti itu himpunan anjuran Pakatan Harapan lesu adalah tidak tepat.

Buktinya, himpunan ‘Blackout 505’ bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke 13 pada 24 Mei 2013 pernah dibuat di Padang Timur, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Ketika itu PAS masih dalam Pakatan Rakyat dan mengerahkan penyokong di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur untuk turun.

Hasilnya, peserta hadir dalm lingkungan 30,000 orang. Tidak jauh lebih baik daripada himpunan antikleptokrasi di padang yang sama.

Perbandingan sebenar hanya boleh dibuat ke atas himpunan Bersih 4 pada 2015 dan Bersih 5 pada 2016.

PAS telah pun memutuskan kerjasama dengan DAP dan tidak menggalakkan ahlinya menyertai sebarang himpunan atas nama Pakatan.

Namun kehadiran dalam kedua-dua himpunan tersebut tidak kurang 80,000 orang.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70648

Posted by on Oct 15 2017. Filed under RENCANA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE