Himpunan antikleptokrasi karnival rai kedaulatan rakyat

Himpunan Rakyat Sayangi Malaysia Bantah Kleptokrasi yang akan berlangsung pada 14 Oktober ini di Padang Timur, Petaling Jaya menjanjikan satu kelainan berbanding perhimpunan politik-politik sebelum ini.

Timbalan pengarah himpunan, Howard Lee berkata penganjur mensasarkan untuk mewujudkan suasana karnival sepanjang himpunan yang akan bermula seawal 4 petang itu.

“Dari awal sampai kini, objektif yang kita nak capai adalah untuk mengadakan bukan saja suatu himpunan yang menunjukkan perasaan.

“Itu memang salah satu objektif tetapi ada objektif tambahan, iaitu meraikan ke-Malaysiaan kita dan menuntut kedaulatan rakyat serta kebebasan daripada pemerintah kleptokrat sedia ada.

“Untuk kita capai objektif tambahan selain tunjuk perasaan, kita hendakkan satu atmosfera yang positif, yang bersifat karnival,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini, lapor Malaysiakini.

Untuk tujuan itu, himpunan tersebut akan dimulakan dengan pameran 26 finalis pertandingan melukis komik yang dilancarkan sebulan lalu.

Ketua Pemuda DAP, Wong Kah Woh berkata, pertandingan itu menyaksikan lebih 40 penyertaan dan peserta akan diadili oleh kartunis Zulkiflee SM Anwar Ulhaque @ Zunar dan Pengarah Muzium Kebudayaan Komik Asia Pulau Pinang, Hew Kuan Yau.

Pengunjung juga boleh menghiburkan diri mereka dengan pilihan pelbagai makanan yang dihidangkan oleh 15 trak makanan yang akan menjalankan perniagaan pada hari tersebut.

Sasterawan negara dan ahli DAP, Datuk A Samad Said juga akan membaca puisi yang ditulisnya dalam himpunan tersebut.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata himpunan yang akan berlangsung pada Sabtu ini bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada orang ramai mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Himpunan berkenaan adalah susulan reaksi terhadap saman sivil terbaru Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan isu 1MDB.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70618

Posted by on Oct 9 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE