Himpunan Belia: Kerajaan belanja RM20 juta?

KUALA LUMPUR 29 Mei: Kerajaan Umno BN didakwa berbelanja sebanyak RM20 juta bagi menjayakan Himpunan Jutaan Belia minggu lalu.

Menurut sumber yang enggan namanya didedahkan memberitahu, Kementerian Belia dan Sukan turut melantik sebuah syarikat baru yang dikhususkan untuk mengurus sepenuhnya program yang berlangsung sepanjang lima hari di Putrajaya itu.

“Saya dapat maklumat daripada orang dalam iaitu rakan saya yang bertugas dari Kementeria Belia dan Sukan sendiri memberitahu bahawa kerajaan telah berbelanja sebanyak RM20 juta untuk penganjuran Himpunan Belia di Putrajaya itu.

“Malah beliau turut memaklumkan kementerian juga melantik sebuah syarikat yang baru dua bulan ditubuhkan bagi mengendalikan pengurusan program tersebut,” kata pesara kakitangan kerajaan itu menghubungi pejabat Keadilan Daily, hari ini.

Berikutan itu, lelaki itu menuntut penyiasatan lanjut mengenai perbelanjaan kerajaan mengadakan himpunan itu.

“Saya minta perkara ini disiasat kerana sudah tentu kerajaan menggunakan duit rakyat untuk penganjuran program ini,” katanya.

Bertemakan ‘Hari Ini Lebih Baik Berbanding Hari Esok’, 500 aktiviti yang membabitkan 38 segmen dengan 1,000 persembahan diadakan sejak Rabu lalu, memperlihatkan kerajaan lebih ghairah menghidangkan elemen hiburan berbanding kerohanian.

Aktiviti hiburan seperti tarian dan nyanyian juga bertentangan dengan konsep wasatiyyah yang dicanang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Adakah penganjuran seperti ini menjadi kebanggaan kerajaan walaupun Himpunan Jutaan Belia tahun ini ‘tercemar’ apabila satu kemalangan berlaku ketika acara perlumbaan drag di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 pada Sabtu.

Seramai 17 penonton perlumbaan drag cedera termasuk empat parah apabila sebuah kereta perlumbaan terbabas sebelum melanggar penonton.

Mangsa kini berada di Hospital Putrajaya untuk mendapat rawatan lanjut.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=31002

Posted by on May 29 2012. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE