Himpunan Black 505 gegar Perlis, Kedah, Kelantan & Johor Jun

(Oleh Aisha Geoffrey)

PETALING JAYA 29 MEI: Perhimpunan Blackout 505 akan diteruskan sehingga Datuk Seri Najib Razak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju untuk melaksanakan tuntutan rakyat, kata Pengarah Program, Datuk Johari Abdul.

Johari dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini turut mengumumkan tarikh-tarikh baru sepanjang Jun ini di empat negeri iaitu:

10 Jun – Perlis

11 Jun – Sungai Petani, Kedah

12 Jun – Kota Bharu, Kelantan

14 Jun – Batu Pahat, Johor

Manakala bagi Sabah dan Sarawak pula, pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.

“Sehingga kini, lebih setengah juta rakyat Malaysia pelbagai kaum, latar belakang dan umur menyertai Blackout 505 di seluruh negara. Ia menjadi lambang baru kesedaran politik yang mewakili majoriti 51 peratus rakyat,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani itu, rakyat yang menyertai Blackout 505 menuntut supaya tiga perkara asas reformasi pilihan raya dipatuhi.

Johari“Pertama, keseluruhan anggota SPR sekarang meletak jawatan di atas kegagalan mereka memastikan PRU 13 berjalan telus, cekap dan tanpa keraguan,” katanya.

Menurutnya, satu anggota SPR yang baru dilantik perlu dipersetujui bersama oleh Pakatan Rakyat dan kumpulan masyarakat sivil yang mewakili rakyat untuk merangka reformasi SPR serta dipersetujui Parlimen.

“Kita juga menuntut agar pilihan raya semula di kesemua 30 kawasan yang diragui dengan bukti kukuh,” kata Johari.

Tuntutan ketiga ialah agar SPR menangguhkan sebarang bentuk pindaan undang-undang pilihan raya dan persempadanan semula sehingga anggota SPR baru dibentuk.

“Tiga tuntutan ini jelas, untuk dipenuhi supaya proses pembaharuan selepas penipuan PRU 13 boleh bermula,” katanya lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52796

Posted by on May 29 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google