Himpunan Black505 gempur N Sembilan, Kedah, T’ganu & Melaka

(Kenyataan Rafizi Ramli, Pengarah Strategi KEADILAN merangkap Ahli Parlimen Pandan)

Gelombang #Black505 demi menzahirkan suara bantahan rakyat menentang penipuan pilihan raya diteruskan di negeri-negeri Kedah, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan.

#Black505 yang seterusnya akan diadakan di Negeri Sembilan pada Jumaat 17 Mei 2013, bertempat di kawasan parkir Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland, Seremban. Orang ramai dinasihatkan hadir awal untuk mengelakkan kesesakan.

Tarikh-tarikh bagi #Black505 yang seterusnya adalah seperti berikut:

21 Mei 2013 (Selasa) – Kedah

23 Mei 2013 (Khamis) – Terengganu

24 Mei 2013 (Jumaat) – Melaka

Tempat akhir perhimpunan akan dimaklumkan melalui laman media sosial dan kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan oleh KEADILAN.

Semua perhimpunan telah berjalan dengan aman dan mematuhi nasihat Polis Diraja Malaysia (PDRM) walaupun beberapa tempat perhimpunan terpaksa diubah di saat akhir. Penganjur telah menghormati nasihat PDRM untuk menukar tempat perhimpunan di Pulau Pinang, Pahang dan Johor walaupun ia dibuat beberapa jam sebelum perhimpunan.

Ini tidak sedikit pun melemahkan semangat rakyat terutamanya orang muda untuk turun menyuarakan bantahan dalam simbolik #Black505 ini.

Mengikut anggaran kasar penganjur, seramai lebih 400,000 rakyat Malaysia telah menyerti #black505 setakat ini (120,000 – Kelana Jaya, 120,000 – Batu Kawan, 60,000 – Ipoh, 60,000 – Kuantan dan 60,000 – Ulu Tiram).

Saya yakin menjelang minggu depan apabila gelombang #Black505 tiba di Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Melaka, lebih setengah juta rakyat Malaysia telah turun menyatakan bantahan terhadap penipuan pilihanraya dan menolak kerajaan tidak sah yang diterajui Datuk Seri Najib Razak.

Semangat kerjasama dengan pihak PDRM demi menjamin kelancaran dan keselamatan rakyat akan diteruskan.

Oleh itu, saya menyeru seberapa ramai rakyat untuk turun menyertai #Black505 sebagai bantahan terhadap penipuan pilihan raya dan sokongan kepada reformasi pilihan raya yang perlu diadakan segera.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52147

Posted by on May 16 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google