Himpunan Reformasi 2.0 Sabak Bernam meriah dalam hujan

(Oleh Azuan Ab Rahman)

SABAK BERNAM: Hujan renyai yang membasahi anjung utara Selangor malam tadi tidak menghalang kira-kira 2,000 penduduk sekitar Kuala Selangor dan Sabak Bernam hadir ke Himpunan Reformasi 2.0 di Stadium Mini Sabak Bernam.

lebat 1Himpunan itu jatuh pada ulang tahun ke-15 ‘Black 14’.

‘Black 14’ dinamakan sempena tanggal 14 April 1999, apabila mahkamah memutuskan hukuman penjara enam tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pertuduhan rasuah.

Ia detik penting bagi pendokong reformasi dan menjadi satu tarikh keramat bagi memperingati peristiwa hitam dalam sejarah sistem kehakiman negara.

Ironinya, gerakan Reformasi 2.0 ini merupakan kesinambungan daripada semangat perjuangan Black 14.

Kesungguhan rakyat untuk mengikuti penjelasan sebenar berkenaan Fitnah II jelas terserlah malam tadi apabila mereka tidak berganjak walaupun terpaksa duduk di padang yang basah.

lebat 2Himpunan di pekan kecil tersebut tambah meriah dengan jualan pelbagai cenderamata seperti T-shirt dan buku Reformasi 2.0.

Pengunjung yang lapar akibat dingin hujan turut berpeluang menjamu selera di gerai makanan.

Kehadiran Anwar mencuri perhatian apabila sempat menikmati secawan minumam panas sambil bermesra dengan penduduk sebelum bersama pemimpin lain di pentas utama.

lebat 4Anak-anak muda yang kelihatan cukup bersemangat tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan mengambil foto bersama ikon Reformasi itu sebaik selesai himpunan.

Selain Anwar, penceramah yang turut menggegar pentas Reformasi 2.0 itu adalah Ketua Cabang Sabak Bernam, Dr Badrul Amin Baharom; Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Shari; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan bekas Adun Pandamaran, ‘Ronnie Liu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=60730

Posted by on Apr 15 2014. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE