Hina Agong, PAS Wajar Pecat Takiyuddin

Tindakan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan untuk terus mempertahankan gelaran banduan terhadap Anwar Ibrahim adalah satu tindakan yang jijik dan hina.

Beliau bukan sahaja dianggap menghina keputusan Yang Dipertuan Agong yang telah memperkenan pengampunan penuh terhadap Anwar, malah secara tidak langsung memperlekeh institusi raja-raja.

Ini juga secara tidak langsung menggambarkan betapa buruknya sikap Takiyudin dan langsung tidak melayakkan beliau bergelar sebagai seorang pemimpin.

PAS seharusnya berasa malu mempunyai seorang pemimpin yang biadap terlebih lagi kebiadapan ini berlaku dalam bulan suci Ramadan.

Takiyudin wajar dipecat daripada jawatannya sebagai setiausaha agung PAS kerana PAS seringkali berikrar mempertahankan institusi Raja-raja.

Umum mengetahui bahawa kes liwat II adalah satu fitnah dan bercanggah dengan prinsip keadilan.

Pada 16 Mei tahun lalu Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad V dengan dinasihatkan Lembaga Pengampunan Diraja bertitah memperkenan rayuan pengampunan penuh terhadap Anwar Ibrahim dan dibebaskan serta-merta selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Malah Anwar tidak perlu menandatangi sebarang dokumen ketika dibebaskan oleh pihak Penjara Sungai Buloh kerana beliau dilepas dan dibebas secara penuh yang membawa maksud semua rekod berkaitan kes tersebut telah dibersihkan.

Justeru itu saya menyeru semua pihak untuk tampil membuat laporan polis terhadap kebiadapan Takiyudin yang memperlekeh keputusan Yang Dipertuan Agong.

Sekian.
SYED BADLI SHAH SYED OSMAN

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73474

Posted by on May 12 2019. Filed under KENYATAAN MEDIA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE