Hishamuddin Rais dihalang berkuliah di UKM

KUALA LUMPUR : Aktivis masyarakat Hishamuddin Rais melahirkan rasa kecewa apabila dihalang menyampaikan kuliah di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) pada 20 November 2018.

Menurut satu kenyataan segera yang dikeluarkannya, beliau dihalang dari menyampaikan kuliah perbincangan bertajuk ‘Politik kontemporari hari ini di Malaysia’.

Kuliah yang sepatutnya bermula jam 8.30 malam itu disusun dan diatur oleh pelajar dan pensyarah di UKM.

“Setiba saya di hadapan Sudut Pidato di mana seharusnya saya menyampaikan kuliah saya telah diberitahu oleh penganjur bahawa pihak pentadbiran UKM tidak membenarkan program akademik dan intelektual ini diteruskan,”katanya.

Justeru, saya merasa kesal. Dalam Malaysia Baharu masih ada lagi sekatan sedemikian.

Ekoran halangan ini, beliau meminta Menteri Pendidikan, Dr Mazslee Malik melihat kembali dasar-dasar lapok yang masih digunakan di kampus-kampus seluruh negara.

Beliau berharap tidak ada lagi mana-mana individu yang menerima nasib sepertinya dan biarlah beliau menjadi individu terakhir dipelakukan sedemikian.

“Universiti adalah tempat di mana segala bentuk ilmu dibentangkan dibincangkan dan ditolak atau diterima,”tegasnya

Program berkenaan dianjurkan oleh kumpulan mahasiswa dan pensyarah yang memanggil diri mereka DISKOPI. Ia merupakan siri ke-3 yang dianjurkan kumpulan tersebut.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72595

Posted by on Nov 20 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE