HKR tetap di Stadium Merdeka- Tian Chua

(Oleh: Aliff Fikri)
KUALA LUMPUR 11 Jan: Ahli Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) menempelak saranan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh agar Himpunan Kebangkitan Rakyat ditukar lokasi.

 Tian Chua berkata, langkah tersebut sengaja dilakukan untuk menganggu kelancaran himpunan di Stadium Merdeka, Sabtu ini.

“Setelah kita mempersetujui 27 syarat ketat dan membayar deposit sebanyak RM75,000, tiba-tiba Ketua Polis KL suruh kita pindah tempat.

“Ini taktik ‘flip-flop’ polis yang sengaja dilakukan supaya dapat bermain tarik tali untuk menganggu kita.

“Kita menolak sekeras-kerasnya saranan tersebut dan himpunan tetap akan berjalan di Stadium Merdeka seperti mana dijadualkan,” katanya depan hampir 500 hadirin, di Taman Rekreasi, AU3 Keramat Wangsa, malam tadi.

Menurut beliau, sebab utama panitia HKR memutuskan supaya himpunan itu diadakan di Stadium Merdeka adalah kerana stadium tersebut signifikan dengan kemerdekaan.

“Di sinilah laungan kemerdekaan bergema pada Ogos 1957.

“Jadi kita memutuskan untuk sekali lagi melaungkan kemerdekaan tapi dalam erti kata yang lebih besar, iaitu kemerdekaan untuk rakyat.

“Laungan kemerdekaan kali ini adalah agar segala tuntutan rakyat dapat diberi dan dikembalikan,” ujarnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42818

Posted by on Jan 11 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google