Hutang dua kali ganda rizab negara mengancam kedaulatan

Hutang negara sebanyak RM782 bilion yang berada pada tahap dua kali ganda rizab memberi risiko kepada kedaulatan negara, kata Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.

Menurutnya, keghairahan perdana menteri mendapatkan pembiayaan luar untuk mendanai projek pembangunan negara memburukkan lagi krisis itu.

“Mana-mana negara pun apabila keinginan untuk meminjam, negara luar akan bagi. Malah, ia juga mendatangkan bahaya kepada kedudukan ekonomi dalaman negara kita.

“Dalam teori ekonomi mana sekali pun apabila berlaku nilai kejatuhan matawang dalam sesuatu negara, negara itu akan terus terikat daripada melabur keluar,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar itu berkata, ikrar Najib untuk melaburkan dana kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengukuhkan negara Amerika juga bukan satu langkah bijak.

“Sekarang Najib hendak melabur duit KWSP ke Amerika dan ia sangat merugikan kita. Kita perlu labur dalam negara yang lemah, baru dapat untung besar,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70623

Posted by on Oct 10 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE