Iktiraf SJKC, taktik Muhyiddin raih undi – William

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), tiba-tiba Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berubah sikap dan berkata, “selagi BN memerintah, kerajaan akan terus mempertahankan pendidikan Cina.”

WilliamBendahari Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) William Leong Jee Keen menegaskan, Muhyiddin sebagai Menteri Pendidikan selama ini, tidak pernah prihatin terhadap pendidikan Cina, malah tidak meluluskan apa-apa dasar yang menguntungkan pendidikan Cina, beliau hanya akan mengeluarkan kenyataan “ambil berat terhadap pendidikan Cina” apabila perlukan sokongan masyarakat cina.

“Pada penggal pertama Parlimen tahun 2010, Muhyiddin mewaliki Kementerian Pendidikan memberi ucapan penggulungan Perbahasan Ucapan Titah Di Raja. Beliau berkata, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) tidak boleh mendapat layanan sama seperti Sekolah Kebangsaan (SK). Beliau juga mengatakan bahawa kerajaan tidak dapat memberi bantuan kepada Sekolah Swasta Cina secara sistematik. Sebenarnya, Perlembagaan Persekutuan tidak memisahkan kedudukan SJKC dan SK, sebaliknya, Akta Pendidikan 1996 mengiktirafkan SK, SJKC dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara.”

Pada hari Selasa lalu, Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan kerajaan sementara, menghadiri aktiviti pendidikan di Johor. Beliau berucap di hadapan ribuan guru Cina: “Kalau BN dapat memerintah lagi, pendidikan Cina akan terus dipertahankan, kerana BN terima kepelbagaian.”

William Leong Jee Keen adalah calon kerusi parlimen Selayang, beliau melalui kenyataan media hari ini berkata, Muhyiddin selalu cuba rasionalisasikan kerajaan BN yang kian meminggirkan sekolah aliran Cina dan Tamil, beliau mengatakan “SJKC dan SJKT tidak boleh menikmati kedudukan sama dengan SK sebab berlawanan dengan perlembagaan dan akta”, justeru, William Leong Jee Kee mengkritik Muhyiddin cuba mengelirukan rakyat.

Selain itu, William Leong Jee Keen membidas Muhyiddin menyalahgunakan sumber kerajaan untuk merayu undi bagi BN. Beliau berkata, pendirian pejawat awam adalah atas pagar, Muhyiddin menggunakan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan merayu undi secara terbuka, memberi tekanan kepada guru, membuatkan mereka merasa terugut.

Menurut laporan media internet MalaysiaKini, guru-guru yang hadir di aktiviti tersebut menyifatkan pihak anjuran salah guna kuasa. Ribuan guru terpaksa tinggalkan tugasan mengajar untuk hadir ceramah berbau politik, membazirkan wang rakyat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50681

Posted by on Apr 18 2013. Filed under KENYATAAN MEDIA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google