Beberapa maut dalam kejadian tembak menembak di Lahad Datu

KUALA LUMPUR 1 MAC: Beberapa orang terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu, menurut laporan media Filipina.

(Gambar PhilStar.com)

(Gambar PhilStar.com)

Bagaimanapun tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut.

Akhbar The Philippine Star melaporkan, pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.

Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata, terdapat beberapa kematian dalam kejadian tersebut. – Malaysiakini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46209

Posted by on Mar 1 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google