Isu azan: Umat Islam perlu sederhana, jaga harmoni- Nurul Izzah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyeru masyarakat sekitar masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi, agar bersikap sederhana dalam mencari kebenaran dalam isu laungan azan yang diperlahankan.

“Agama Islam menuntut kita mencari kebenaran. Kebenaran harus dicari secara beradab. Kesederhanaan dan keharmonian harus dipelihara.

“Maka, saya menjemput mereka yang sedang menunjuk perasaan bersama-sama dengan saya mencari kebenaran dalam isu azan Masjid Al-Ikhlasiah,” kata Nurul Izzah dalam satu kenyataan hari ini.

Nurul Izzah seterusnya berkata, beberapa perkara berkaitan isu tersebut perlu dijelaskan dengan segera, antaranya sama ada isi kandungan surat tersebut sudah diteliti untuk mendapatkan gambaran yang tepat serta apakah respon sebenar pihak berkuasa berkenaan perkara itu.

“Jika benar surat ini secara rasminya dihantar dan diterima YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, YB Datuk Raja Nong Chik, YB Major Datuk Seri Jamil Khir bin Baharom, YB Dato Seri Mohd Nazri, YB Dato Seri Koh Tsu Koon dan penasihat agama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah bin Mat Zain, apakah respon mereka?” tanya Nurul Izzah.

Malah, kata Naib Presiden KEADILAN tersebut, masyarakat sekitar perlu benar-benar pasti sama ada larangan memperlahankan seruan azan tersebut dilakukan mengikut garis panduan pihak berkuasa.

“Seandainya pihak JAKIM mengeluarkan arahan tersebut, kita harus mendapatkan penjelasan bertulis samada wujudnya garis panduan berkenaan laungan azan di semua masjid dan surau di seluruh negara, yang memungkinkan JAWI mengeluarkan arahan kepada Masjid Al-Ikhlasiah,” kata Nurul Izzah.

Semalam dilaporkan pihak pengurusan Majid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi mengambil keputusan memperlahankan bunyi pembesar suara sewaktu azan termasuk ketika solat Jumaat, selepas seorang peguamĀ  dipercayai mengadu terganggu dengan kelantangan azan dari masjid tersebut.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=4722

Posted by on Jan 14 2011. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Both comments and pings are currently closed.

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google