Isu penyelewengan: KEADILAN tiada kompromi – Saifuddin

KUALA LUMPUR 15 Jun: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, KEADILAN tidak akan berkompromi kepada mana-mana anggota yang melakukan kesalahan disiplin lebih-lebih lagi kesalahan yang mencemarkan maruah dan nama baik parti.

Beliau mengulas isu dakwaan penyelewengan baucer Program Jom Shopping yang melibatkan dua anggota parti dari Cabang Kapar iaitu Mohd Bakir Abdul Wahab dan Mohamed Amkah Ahmad.

“KEADILAN memandang serius akan perkara ini dan melalui Mesyuarat Biro Politik Parti bil 59/2012 pada Rabu 13 Jun 2012 telah meminta Jawatankuasa Disiplin Parti untuk mengambil tindakan sewajarnya termasuk mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab kepada kedua-dua ahli tersebut,” tegas beliau dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Machang itu juga menjelaskan, Mohamed Amkah telah pun digantung keanggotaannya serta-merta berdasarkan Fasal 27.3 Perlembagaan Parti yang membenarkan penggantungan keanggotaan dibuat sementara menunggu siasatan disiplin selesai.

Program Jom Shopping merupakan salah satu program kebajikan Kerajaan Negeri Selangor dan siasatan sedang dijalankan oleh kerajaan negeri berhubung dakwaan itu.

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=31623

Posted by on Jun 15 2012. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google