‘Jalur Gemilang terbalik usaha provokasi rakyat’

Isu Jalur Gemilang terbalik dianggap berlaku untuk memprovokasi rakyat, kata Anggota Dewan Negeri Kota Anggerik (ADUN), Najwan Halimi.

Jelasnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menjelaskan berita tular berkenaan adalah kisah lama namun dibangkitkan kembali untuk menimbulkan kemarahan orang awam.

“Saya juga dimaklumkan terdapat kes pengedar secara tidak sengaja mencetak bendera terbalik, kes ini sebenarnya sudah selesai.

“Hentikanlah daripada sebar perkara tidak benar seolah-olah kita sengaja mahu mewujudkan provokasi terutamanya menyentuh sensitiviti perkauman dan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Merdeka @ Komuniti & Pitstop Kembara Jalur Gemilang di UTC Shah Alam, semalam.

Bercakap lanjut, Najwan berkata, Selangor dan juga Malaysia menolak keras provokasi sedemikian.

“Sayangilah Jalur Gemilang kita kerana itulah di antara salah satu cara kita menzahirkan rasa cinta pada negara.

“Merdeka bukan sekadar laungan sahaja tetapi kita perlu menzahirkannya dengan semangat dan penuh rasa cinta,” katanya memetik SelangorKini.

Sebelum ini dilaporkan tular di media sosial gambar Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di beberapa kawasan termasuk Johor Baharu dan Pahang.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, mana-mana pelaku boleh didakwa di bawah peruntukan Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 atau Sekyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak menyebabkan bangkitan marah dan pecah keamanan membawa hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73920

Posted by on Aug 23 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE