Jaminan TPM: Tiada diskriminasi terhadap negeri pembangkang

Kerajaan Pakatan Harapan memberi jaminan bahawa negeri yang diperintah pembangkang tidak akan dipinggirkan dalam proses pembangunan.

Jaminan itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas bermesyuarat dengan menteri besar Pahang, Kelantan dan Terengganu semalam.

“Kerajaan komited untuk membangunkan ekonomi malam dan menyeluruh tanpa diskriminasi termasuk negeri di bawah pemerintahan pembangkang.

“Menterjemahkan prinsip Malaysia baharu, siang tadi diadakan mesyuarat membincangkan secara khusus langkah-langkah untuk memajukan Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

“Mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, turut dihadiri menteri besar daripada Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor,” katanya menerusi Facebook. 

Kelantan sebelum ini meminta wang pendahuluan sebanyak RM97 juta bagi membayar gaji kakitangan awamnya pada 28 Jun lalu.

Permintaan tersebut yang datang daripada Pejabat Perbendaharaan Kelantan ditunaikan Kementerian Kewangan walaupun Pemuda PAS pada awalnya menafikan permohonan bantuan tersebut.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72497

Posted by on Nov 1 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE