Jamuan makan bersama Anwar di Mentakab bantu mangsa banjir


KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bersama rakyat Mentakab, Pahang memenuhi undangan majlis makan malam bagi membantu mangsa banjir di kawasan tersebut.

Majlis jamuan makan malam yang akan diadakan pada 20 Februari itu dijangka bermula jam 7.30 petang  bertempat di Dewan Taman Rimba, Mentakab Pahang.

Menurut Ketua Cabang Temerloh, Ahmad Nizam Hamid ketika dihubungi Keadilandaily.com berkata, objektif sebenar majlis itu adalah untuk mengutip dana membantu mangsa banjir selain penduduk setempat dapat beramah mesra dengan Anwar.

“Penduduk yang berminat untuk hadir majlis tersebut boleh mendapatkan kupon yang dijual dengan harga serendah RM40 untuk satu kepala dan terdapat juga  jualan meja VIP yang berharga RM 2000 dan RM 1000.

“Sebanyak empat buah meja VIP berharga RM 2000 dan lima meja VIP RM1000 disediakan masing-masing dapat memuatkan 10 orang tetamu turut disediakan dan akan mempertimbangkan sekiranya ada permintaan,” katanya selaku urus setia majlis tersebut.  

Menariknya, Ahmad Nizam memberitahu, majlis makan malam itu akan turut menyelitkan aktiviti lelongan barangan misteri untuk tetamu yang hadir selain dapat memeriahkan majlis tersebut.

“Majlis itu akan adakan aktiviti lelongan tetapi kita rahsiakan dulu barang yang akan dilelong kerana ingin membuat kejutan kepada tetamu-tetamu yang hadir,” kata Ahmad Nizam.  

Antara tetamu kehormat yang bakal hadir pada malam itu adalah, Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, Pengerusi Majlis Pimpinan Johor, Datuk Chua Jui Meng dan anggota pimpinan di Pahang.  

Menyentuh mengenai ceramah Anwar di majlis itu, Ahmad Nizam berkata, isu-isu terkini dan perkembangan semasa akan dibangkitkan pada malam tersebut di samping tetamu kehormat lain akan turut memberi ucapan.

Selain itu, Ahmad Nizam turut menyeru kepada orang ramai yang masih belum mendapatkan kupon atau yang ingin membuat tempahan supaya menghubungi beliau di talian  (019 9554246), Amran (017 9264017), Dr Yahya (013 9215468,) Raja Borhan (019 9623410), Ramasamy (010 9015611), Tajudin (019 9887111)

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=6329

Posted by on Feb 7 2011. Filed under SEMASA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Both comments and pings are currently closed.

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE