Jangan sampai rakyat hilang keyakinan pada institusi zakat- Ahmad Kassim

(Oleh: Nabihah Hamid)

 

Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN

KUALA LUMPUR: Pengurusan wang zakat perlu direformasikan bagi mengelakkan rakyat hilang keyakinan terhadap institusi itu, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN (Bippa), Ahmad Kassim.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mempersoalkan ke mana mengalirnya wang zakat di negara ini.

“Zakat perlulah disalurkan kepada rakyat yang betul-betul memerlukan. Ini tidak, kadang-kadang orang yang tak sepatutnya terima duit ini.

“Jangankan sampai satu peringkat, rakyat hilang keyakinan dengan sistem zakat sehingga sanggup turun untuk menyampaikan wang mereka ke tangan orang miskin sendiri,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Kassim yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah berkata, wang zakat yang melibatkan jumlah besar sepatutnya dipantau dan disalurkan dengan betul.

“Wang zakat perlulah digunakan untuk menyelesaikan masalah kemiskinan dan pembahagiannya perlu dibuat dengan kebijaksanaan,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.

Menyokong kenyataan tersebut, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata pentadbiran wang zakat tidak diurus dengan telus dan bijak terutama di peringkat Kerajaan Persekutuan.

“Wang zakat yang sepatutnya menolong untuk menyelesaikan masalah kemiskinan melarat di kalangan umat Islam kini hanya tertumpu pada musim perayaan saja,” katanya.

Menurutnya, pentadbiran  wang zakat  terbukti tidak telus apabila terdapat dakwaan ia digunakan untuk membiayai kos guaman pegawai tinggi kerajaan.

Sebelum ini, pengurusan dan pengagihan wang zakat seringkali dipersoalkan banyak pihak apabila  terdapat kes umat Islam yang layak menerimanya, tidak memperoleh bantuan berkenaan.

Pada Jun lalu, KEADILAN tampil mendedahkan  penyalahgunaan wang zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32 ribu.

Jumlah itu dikatakan dikeluarkan bagi membiayai yuran guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.

Manakala penghujung April lalu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar mendakwa penyelewengan wang zakat di Melaka berpunca akibat  kaedah pengurusan hartanah yang lemah.

 

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=18416

Posted by on Aug 8 2011. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE